Syariaat

Oleh : SH.NADZIR AS SAGHIRJalan syariaat adalah hal- hal berkaitan dengan aturan ibadat dan kehidupan.Oleh  itu ianya tidal lari dari memperkatakan soal pahala, dosa, haram halal, harus  ,wajib,mubah dan juga perkara – perkara ghaib seperti barzakh, masyar, surga dan neraka.Banyak amal maka banyaklah pahalanya, banyak pahala maka mudahlah  masuk ke surga .Begitu juga kalau banyak buat jahat hukumnya haram ,maka banyaklah dosa ,banyak dosa maka nerakalah tempatnya di akhirat nanti. Inilah yang dikatakan Jalan Syariaat. Selain dari solat fardu, banyakkan solat sunat, kemudian zikir, tahmid, dan takbir dan disudahi dengan doa. Dengan aturan yang sebegini apa lagi di jaga pula tertibnya pasti banyaklah pahala yang Allah beri seperti yang di janjikan.

Jadi amal dan pahala seperti seiring pada jalan syariaat. Lantaran itulah kita perlu perbanyakkan amal ibadat baik yang fardhu mahupun yang disunatkan. Kerana ia adalah kewajipan dari setiap lelaki dan perempuan sebagaimana yang digariskan oleh Quran dan Hadis.

Oleh itu Tuhan melalui Malikat Jibrail menurunkan wahyu kepada Mohammad yang di pilih sebagai Rasullah untuk mengatur hal – hal berkaitan ibadat dan kehidupan.
Maka aku namakan ini Jalan Syariaat. Untuk itu aku bahagikan ia kepada dua perkara pokok yaitu;

HAK A.Hablum Minallah & HAK B.Hablum Minnas

HAK A. HABLUMMINALLAH

Hubungan Manusia Dengan Allah

1. Shahadah

2. Solat

3. Zakat

4. Puasa

5. Haji

Perkara di atas dinamakan rukun Islam termasuk dalam perkara – perkara yang  berkaitan dengan syariaat iaitu yang di perintah oleh Tuhan SekelianNya ke atas  manusia di muka bumi.

Untuk itu disertakan satu lagi rukun yang dinamakan Rukun Iman iaitu berkaitan  dengan perkara menyakini dan memimani hal -hal ghaib kerana dapat memperkukuhkan lagi 5 Rukun Islam. Oleh itu Rukun Islam dan Rukun Iman saling berkait lengkap melengkapi antara sama lain. Islam tanpa Iman umpama pokok mati tidak hidup manakala Iman tanpa Islam bagaikan roh yang tidak berjasad. Rukun Iman terbahaginya  kepada 6 perkara;

1. Percaya Pada Tuhan

2. Percaya Pada Rasul

3. Percaya Pada Kitab – Kitab

4. Percaya Pada Malaikat

5. Percaya Pada Kiamat

6. Percaya pada Qada dan Qadar

Oleh itu, jelas dalam memperkatakan Hablumminnallah iaitu Hubungan Manusia engan Tuhan, tidak boleh tidak dua perkara asas perlu ada iaitu Islam dan Iman. Maka itu di gariskan supaya ianya dijadikan rukun iaitu aturannya Rukun Islam dan Rukun Iman. Keduanya tidak boleh dipisahkan.Umpama jasad dan rohnya termasuk urat dan nadinya agar ia dapat berfungsi.

HAK B.Hablum Minnas

Hubungan Manusia dengan Manusia

1. Muamalat

2. Munakahad

TAKSIRAN HABLUMMINANAS

Pada HAK B iaitu Hablumminannas ianya berkaitan dengan Hubungan Manusia Dengan Manusia. Selaras dengan tuntutan syariaat selain HAK A : HABLUMINALLAH iaitu Hubungan Manusia Dengan Tuhan, pada bahagian ini akan diperkatakan perkara – perkara yang berkaitan kemasyarakatan iaitu terbahagi kepada dua perkara utama.

1. Muamalat

Muamalat adalah perkara – perkara yang berkaitan perekonomian dan kewangan.Ini merupakan perkara asas yang perlu ada bukan saja untuk keluarga tetapi juga untuk masyarakat. Tidak lengkap Islam pada syariaat jika perkara muamalat tidak diberi penekanan sama seperti hal – hal ibadat kerana ia berkait langsung dengan perekonomian, kewangan dan pembangunan serta ketamadunan manusia sejagat. Dengan itu perkara muamalat tergolong ia dalam ibadat umum iaitu hal ehwal kemasyarakatan dan jalinan sesama insan.

Jadi, apa yang perlu ada dalam soal muamalat adalah hal -hal yang berkaitan dengan perancangan, menyusun, mendasar, mengatur, mencatit dan mengawal iaitu perkara -perkara seperti di bawah;

1.1 Sumbernya

1.2 kaedahnya

1.3 Urusannya/susunan

1.4 Hasilnya

1.5 Strukturnya

2. Munakahad

Mukakahad merupakan perkara – perkara yang berkaitan dengan Bidang Kuasa, Pentadbiran, Perundangan dan Penguatkuasaan.Juga menentukan corak dan kaedah pemerintahan yang sesuai dengan masa dan zamannya iaitu pada Tanggal 12 September 2004.

Secara umumnya di bawah perkara – perkara yang tersebut di atas adalah seperti dibawah;

2.1 Perkawinan dan Kekeluargaan

2.2 Jinayat/jenayah

2.3 Keselamatan

2.4 ketenteraman awam

2.5 Import,export

2.6 Zakat/Cukai

2.7 Tanah/hasil

2.8 Pendidikan dan pelajaran

2.9 Hak Asasi

2.10Laut

2.11Udara

2.13Komunikasi dan Tenaga

2.14Buruh

2.15Perniagaan

2.16Kebajikan dan Kemasyarakatan

2.17Bencana Alam

2.18Alam Sekitar

2.19Pertahanan

Aspek-aspek yang di sebut di atas terletak di bawah fungsinya masing – masing seperti yang ditetapkan.

Satu Tanggapan to “Syariaat”

  1. tahi besi Says:

    kulit tanpa isi..mendatangkan kehampaan..
    isi tanpa kulit..tak ubah seperti najis..

    kedua2nya tidak boleh bercerai tanggal……..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


%d blogger menyukai ini: