Hakikat 2

MARTABAT TUJUH

Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah S.W.t.atau di kenali juga Martabat Tujuh, itu terbahagi ia kepada 7 Alam;

Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia di dalam surah -Al Ikhlas

 AI

QulhuwallahuAhad – Ahdah

Allahushomad – Wahdah

Lamyalidd – Wahdiah

Walamyuladd – Alam Roh (Alam Malakut)

Walamyakullahu – Alam Misal (Alam Bapa)

Kuffuan – Alam Ijsan

Ahad> – Alam Insan

Seperti FirmanNya lagi dalam Al- Quran

AI 2


[33] Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Surah Al-A’Rad Ayat:33

 

NUR, MATA HATI DAN HATI

——————————————————————————–

NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDERAAN HATI DAN RAHSIA HATI. NUR ITU IALAH TENTERA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTERA NAFSU. JIKA ALLAH S.W.T MAHU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN TENTERA ANWAR (NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU BAGINYA MENERANGI (MEMBUKA TUTUPAN), MATA HATI ITU BAGINYA MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP ATAU MEMBELAKANG.

—————————————————————————

Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dia dikenali. Jika Dia mahu memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan dengan mengurniakannya warid. Hati hamba diterangi dengan Nur-Nya. Tidak mungkin mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat dari Nur-Nya. Nur-Nya adalah kenderaan bagi hati untuk sampai ke Hadrat-Nya. Hati adalah umpama badan dan roh adalah nyawanya. Roh pula berkait dengan Allah s.w.t dan perkaitan itu dinamakan as-Sir (Rahsia). Roh menjadi nyawa kepada hati dan Sir menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa hakikat kepada hati adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau Rahsia yang sampai kepada Allah s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang mengenal Allah s.w.t. Sir adalah hakikat kepada sekalian yang maujud.

Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi membuka bidang hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia hakikat-hakikat. Nur Ilahi yang berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku-buku atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar yang ditemuinya, tetapi hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata. Jika mahu mencapai hakikat perlulah mengamalkan wirid sebagai pembersih hati. Kemudian bersabar menanti sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki warid akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah kejayaan yang besar boleh dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di dunia ini.

jantung

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi terang kerana ada kenyataan Allah s.w.t padanya. Misalkan kita berdiri di atas puncak sebuah bukit pada waktu malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat hanyalah kegelapan. Apabila hari siang, matahari menyinarkan sinarnya, kelihatanlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menghuni bukit itu. Kewujudan di atas bukit itu menjadi nyata kerana diterangi oleh cahaya matahari. Cahaya menzahirkan kewujudan dan gelap pula membungkusnya. Jika kegelapan hanya sedikit maka kewujudan kelihatan samar. Sekiranya kegelapan itu tebal maka kewujudan tidak kelihatan lagi. Hanya cahaya yang dapat menzahirkan kewujudan, kerana cahaya dapat menghalau kegelapan. Jika cahaya matahari dapat menghalau kegelapan yang menutupi benda-benda alam yang nyata, maka cahaya Nur Ilahi pula dapat menghalau kegelapan yang menutup hakikat-hakikat yang ghaib. Mata di kepala melihat benda-benda alam dan mata hati melihat kepada hakikat-hakikat. Banyaknya benda alam yang dilihat oleh mata kerana banyaknya cermin yang membalikkan cahaya matahari, sedangkan cahaya hanya satu jenis sahaja dan datangnya dari matahari yang satu jua. Begitu juga halnya pandangan mata hati. Mata hati melihat banyaknya hakikat kerana banyaknya cermin hakikat yang membalikkan cahaya Nur Ilahi, sedangkan Nur Ilahi datangnya dari nur yang satu yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa.

Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak tertutup. Dalil atau bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran tetapi adalah untuk mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang terang benderang bagi melihat kebenaran yang sememangnya tersedia ada, bukan mencari kebenaran baharu. Cahayalah yang menerangi atau membuka tutupan hati. Nur Ilahi adalah cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan serta membawanya menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli. Apabila Nur Ilahi sudah membuka tutupan dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati dapat memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam nyata. Bertambah terang cahaya Nur Ilahi yang diterima oleh hati bertambah jelas kebenaran yang dapat dilihatnya. Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang diterima dari Allah s.w.t secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi bergantung kepada kekuatan hati menerima cahaya Nur.

Ilahi.

Murid yang masih pada peringkat permulaan hatinya belum cukup bersih, maka cahaya Nur Ilahi yang diperolehinya tidak begitu terang. Oleh itu ilmu laduni yang diperolehinya masih belum mencapai peringkat yang halus-halus. Pada tahap ini hati boleh mengalami kekeliruan. Kadang-kadang hati menghadap kepada yang kurang benar dengan membelakangkan yang lebih benar. Orang yang pada peringkat ini perlu mendapatkan penjelasan daripada ahli makrifat yang lebih arif. Apabila hatinya semakin bersih cahaya Nur Ilahi semakin bersinar meneranginya dan dia mendapat ilmu yang lebih jelas. Lalu hatinya menghadap kepada yang lebih benar, sehinggalah dia menemui kebenaran hakiki.

TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.

Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang Mukmin yang cermat dan berwaspada.

manusia

1. Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada martabat Mukmin ialah: Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.

2. Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.

3. Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.

4. Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

5. Kehalusan kerohaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah s.w.t dan merendah diri kepada-Nya.

Orang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t, kuat melakukan ibadat, akan meningkatlah kekuatan rohaninya. Dia akan kuat melakukan tajrid iaitu menyerahkan urusan kehidupannya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan reda terhadap apa jua yang ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah sama iaitu takdir yang Allah s.w.t tentukan untuknya. Apa yang Allah s.w.t takdirkan itulah yang paling baik. Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah s.w.t. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati.. Dia berasa benar-benar akan keesaan Allah s.w.t bukan sekadar mempercayainya.

Pengalaman tentang hakikat dikatakan memandang dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Orang yang di dalam suasana seperti ini telah berpisah dari sifat-sifat kemanusiaan. Dalam berkeadaan demikian dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Dia hanya mementingkan soal perhubungannya dengan Allah s.w.t. Soal duniawi seperti makan, minum, pakaian dan pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya. Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila. Orang yang mencapai peringkat ini dikatakan mencapai makam tauhid sifat. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t.

Rohani manusia melalui beberapa peningkatan dalam proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu memancar menerangi akalnya. Seorang Mukmin yang akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa hampirnya Allah s.w.t. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada tahap keduanya mata hati yang terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan mata hati. Keupayaan mata hati memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam makam makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahap ainul yaqin makrifatnya ghaib dan dia juga ghaib dari dirinya sendiri. Maksud ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara.. Beginilah hukum makrifat yang berlaku.

17 Tanggapan to “Hakikat 2”

  1. CHE POH Says:

    A VERY GOOD EXPLAINATION FOR ME,EASY TO UNDERSTAND..MAKE MORE STATEMENT ABOUT THIS KIND OF KNOWLEDGE

  2. abu hassan Says:

    persoalan;
    allah menciptakan 7 petala langit, 7 petala bumi dan 7 alam,
    boleh terangkan apakah 7 alam tersebut..

  3. GueSS Says:

    jika ingin bermesraan dengan ROBmu, temukan dulu pusaka”kol buntet”, sehingga proses ma’rifat/pertemuanmu tanpa perantara lagi.
    maaf istilah jawa tersebut yang dimaksud adalah Qul (arab) / “katakan” dalam kitab Al-Qur’an sudah tak perlu diucapkan lagi dan ini hanya untuk yang sudah mencapai hakikat.

  4. Gue Sewon Sawiji Says:

    AL FA TE KA

  5. Johan Says:

    Terlalu banyak anak dlm rumahtangga, komunikasi suami-istri kurang gayeng, pendapatan pas2an, sumber awal kehancuran RT ini. Banyak anak banyak rejeki, konsep apa ini? kecuali pembebanan ke generasi tingkat 2 berikutnya. enggak kuat….ya jadi korupsi. Yang kaya juga enggak bersyukur. Dapat dari mana koq bisa kaya?. Yang bikin runyam, militer maupun penyelenggara negara, juga nyolongan. Yang punya senjata itu yang harus mengawali memerangi korupsi. Saya berharap 7 itu menggugah kita untuk tawadlu. Di mulai dari diri sendiri, tidak korupsi.

  6. rus Says:

    Di malaysia, di mana boleh saya mencari guru yg berilmu tentang hakikat insan, guru yang benar-benar guru?

  7. Zul Says:

    Jasad – Diciptakan dar air,api,angin dan tanah (Pejabat bagi Hati & Ruh untuk bekerja, membangun dunia dengan agama- Amar makruf Nahi Munkar)

    Hati – Terletak dalam jasad tempat nyata bagi Ruh (Hati mengandungi):
    Nur Iman – Bertugas untuk mentahkik kepercayaan kepada Allah
    Nur Akal- Sebagai hakim yang menghakimi benar atau salah perbuatan
    Nafsu Baik- Mendorong insan menuju hadrat Allah dengan cepat
    Nafsu Jahat – Ditunggani syaitan kepada kejahatan
    Sir – Tempat Allah letakkan ilmuNya jika Iman, Akal dan Nafsu dalam keadaan diredhaiNya…..Akan ditutup Sir ini jika tidak diredhaiNya.

  8. Raja Azlan Raja Abass Says:

    Sebuah Syair yang inigin saya kongsikan bersama dahabat2 lain.

    Syair Martabat Tujuh

    Apabila kemudian dengarkan disini hai yang menuntut haqq
    wujud itulah yang mutlak, wujud yang mutlak
    wujud itulah `ainu `l-haqq
    tiada mongering dia ada nya mutlak

    wujud itulah yang bernama tanzih
    adanya munazzah daripada sekalian tasbih
    itu tiada berubah daripada tanzih
    ……..
    wujud itulah martabat layak
    menyatakan dirinya dgn rupa yang banyak
    dengan hambanye netiasa ia jinak
    seketika jua adapun tiada ia jarak (ertinya tiada bercerai)

    Wujud itulah martabat kathir
    Tanzihnya lagi kepada `alam saghir dan kabir
    Disana sanalah rajul amin dan wazir
    Dan segala ghani dan faqir

    Dan wujud itulah martabatnya alami
    Ada munazzah daripada sekaliatn sifat peri
    Daripada enam jahat pun ia khali (tiada p.s.h?)
    Wa huwa`l-ana kama kanapun demikian lagi

    Pertama-tama wujud wujud itu bernama ahadiyat
    Di sana sifat sekalian `ibarat (tiada tersebut)
    Disana sifat ada asma`iyat
    Itulah martabat haqiqat dzat

    Ibarat dan syarat pun tiada disana
    Hanya munazzah juga semata
    Adanya itlaq dan taqayyud tiada
    Sertanya hanya ia juga

    Kedua mertabat wujud itu bernama wahda
    Itulah haqiqat Muhammad nyata
    Yang pertama di dalam uluhiyah
    …………
    Sekalian wujud dhatpun sama
    Atas jalan ajmal juga dikata
    Hendaklah kau ketahui haqiqat kata
    Pikirkan nyata(-Nyata)

    Ketiga martabat wujud itu bernama wahidiyah
    Itulah recana wahdat haqiqat insaniyah
    Disanalah nyata ma`lum di dalam `ilmiah
    Atas jalan bernama taghtiyah

    Maratabat wujud itu ketiganya qadim
    Tiada mengetahui dia melainkan yang berhati salim
    Banyaklah membantah dia segala `alim
    Dan hakim mengatakan ma`lum qadim
    (martabat wahidiyah tiada qadim)

    keempat martabat wujud bernama arwah
    itulah recana (ka nur fi`l-misbah)
    dan itu menerangkan segala arwah
    seperti (dzulmatu `l-lail) diterangkan nuru `l-misbah

    arwah itulah yang mengerakkan sekalian badan
    adanya seperti dengan sifat tuhan (kita)
    tiada ia minum tiada ia makan
    lagi adanya (mujarrad) tiada dapat disekutukan

    arwah itulah martabat `aliyun
    sungguh pua ia dibawah kun fayakun
    lagipun tiada melihat dia sekalian `ainun
    tiada siapa mendapat dia melainkan `alimun

    kelima mertabat wujud itu bernama `alam mithal
    itulah recana daripada zillu `l-jalal wa `l-jamal
    ialah rupa `alam s.`i.y.y (?)
    bayang bayang kebesaran dan keelokan seperti sekalian tafsil dan jamal

    `alam mithal itulah sudah tersalin
    seperti didalam ma`lumat yang lagi bathin
    ………benar hurufnya salin
    itulah rupa sekalian nin

    `alam mithal itulah terlalu syarif
    bangsa kenyataan tuhan yang bernama latif
    adanya merakkab kepada latif dan kathif
    kasih kepada sekalian (qawi)(kemulian) dan dha`if

    keenam mertabat wujud itu bernama `alam ajsam
    itulah recana daripada wujud khas dan `amm
    sekalian itulah seperti tamam
    daripada faidhani `l-jalal wa `l-karam

    ajsam itulah tubuh yang kathif
    ada dalamnya terbunyi wujud yang latif
    disanalah nyata qawi dan dha`if
    daripada sekaliannya hina hainuna dan sarif

    ketujuh martabat wujud itu mengimpunkan segala rawatib
    itulah insane terlalu ghalib
    wahdah dan wahidiyah disana wajib
    nurani dan jasmani terlalu `aja`ib

    Insan itulah kesudah sudahan azali
    Ialah kenyataan tuhan bernama ilahi
    Lagipun ia bernama wujud idhafi
    Beroleh pakaian daripada wujud haqiqi

    Insan itulah yang bernama kamaliah
    Tempatnya menzahirkan sifat asma`iyah
    Ialah kenyataan awal dan akhir
    Dan kenyataan batin dan dzahir

    Adam itulah bapa insane
    Kenyataan (huwa) tuhan padanya terlalu `iyan (yg Benar)
    Sabda rasullullah terlalu bayan
    Inna`llaha kha(la)qa adama `ala surati`l-rahman
    (artinya allah taala menjadikan esa rupa yang murah

    insan itulah kenyataan subhan
    dzahirnya esa terlalu bayan (terlalu Rahsia)
    ma dzahartu fi syai`in itulah firman
    ka dzuhuri fi `l-insan terlalu iyan (yg Benar)

    itulah bernama alam kabir
    sungguhpun dilihat orang saghir
    terhimpun dalamnya sekalian nadhir
    tiada mengetahui dia segala yang kafir
    (melainkan segala ahli `l-basir)

    insane itulah terlalu indah
    dari kerana ia kenyataan `a-yan thabitah
    daripada nyata sekalian perintah
    daripada tempatnya tiada ia berpindah

    insane itulah terlalu mulia
    oleh kerana ia bernama rahsia
    itulah tempatnya yang amat mulia
    ialah haqiqat sebenarlah manusia

    seperti firman allah al-insanu sirri wa ana-sir uhu
    lagipun sabda nabi man arafa nafsahu
    bahwa sesungguhnya faqad ` arafa rabbahu
    kata arif yang sempurna tahu

    Wa kana `illahu wa la syai(un) ma`ahu
    Tiada disana serta ghairahu
    Hanya adanya semata wahdahu (?)
    Itulah ma`rifat yang sempurna tahu

    Heninglah laut semata mata
    Hapuslah rupa segala yang nyata
    Pendeklah hendak disana kata
    Melainkan hairan pejamkan mata.

    Wa`llahu a`lam bi`l-sawab. Tammat kitab al-harakah fi yaum al-thalathata……

  9. patrianda Says:

    Seperti yang telah disebutkan di dalam wahyu Allah di dalam satu – satu kitabnya, yang dibisikan kedalam pendengaran bathin nabinya : “ Sesungguhnya manusia adalah rahasiaku dan aku adalah rahasia manusia, maka itu kuciptakan adam yang berasal dari empat unsur atau empat anasir yaitu dari api, angin, air dan bumi ( tanah 0. Itu merupakan wujud sifat – sifatku yang mulia, disitu aku masukan zat makhluk lima hal, yaitu : Nur, Ruh, Nafsu, Budi dan Rahasia. Itu semua merupakan dinding wajahku Yang Maha Suci.”
    Sebab itu manusia diwajibkan sholat lima waktu satu hari satu malam. Disamping yang diwajibkan ada juga yang sunnah dikerjakan. Karena didalam sholat itu sebenarnya membuka lapisan rahasia asal kejadian manusia dari api, angin, air dan taanah.
    Gerakan sholat adalah gerakan jasad yang dari empat anasir tadi. Itu semua pelaksanaannya diatur melalui waktu – waktu atau jam – jam tertentu sedangkan sholat itu artinya mengingat ( eling ). Ini merupakan pekerjaan Bathin, hal ini dilakukan untuk mengupas asal diri yang bathin tadi yaitu : Nur, Ruh, Nafsu, Budi dan Rahasia.
    Dalam mengerjakan sholat harus kita padukan antara gerakan jasad yaitu menyembah, dan gerakan bathin yaitu mengingat. Apabila gerakan jasad (menyembah) itu tidak diikuti atau tidak dipadukan dengan gerakan bathin, maka sembah yang kita lakukan akan terasa kosong tanpa isi ( makna ). Ibarat kelapa adalah kelapa yang gabuk, artinya kelapa tersebut Nampak dari luar masih tetap sebagai kelapa yang utuh , tatapi apabila kelapa tersebut dibelah ternyata isinya kosong, daging buahnya tidak ada. Sedangkan kelapa itu yang dipergunakan untuk melengkapi memasak gulai daging misalnya adalah isinya untuk diambil santannya, bukan sabutnya atau bukan pula tempurungnya.
    Nah, bagai mana nasib kelapa yang gabuk tanpa isi ??
    Ini tentunya tidak dapat dipergunakan lagi. Tentunya kepala gabuk tersebut akhirnya dibuang ketenpat sampah dan dicampakan dan bercampur dengan sampah – sampah yang lain.
    Apabila gerakan jasad menyembah tadi dipadukan dengan gerakan bathin (sholat dan mengingat ) dan dilakukan dalam mengerjakan sholat, maka akan terjadi perpaduan yang menyatu antara gerakan jasad yang mengupas asal muasal dari kejadian jasad dari keempat anasir tadi.
    Gerakan bathin yang mengupas asal muasal kejadian diri yang sebenar benarnya diri yaitu : Nur, Ruh, Nafsu, Budi dan Rahasia. Kalau sudah berhasil memadukan antara diri yang zhohir (jasad ) dengan diri yang bathin atau sebenar benarnya diri di dalam melakukan sholat, maka kita sudah berhasil melakukan sholat yang sempurna.
    Sholat yang sempurna ini akan membawa diri yang bathin ini melesat jauh menembus ruang dan waktu, yang tiada terbatas dan tiada terukur dengan ukuran kecepatan pengetahuan dunia, dan tidak dapat terjangkau dengan akal pikiran. Diri yang sebenar – benarnya diri melesat melebihi kecepatan apapun dengan diiringi malaikat pengiring menuju balai penghadapan agung, sowan menghadap kepada Tuhan Tuhan Yang Maha Agung, Maha Mulia, Maha Adil dan Bijaksana, yang dihadiri dan disaksikan pula oleh para malaikat muqorobbun.
    Semua ini akanterasa nikmat dan indah luar biasa, yang tidak bisa dilukiskan dengan kata – kata. Saking nikmat dan indahnya menghadap kehadirat Allah SWT, Tuhan pencipta sekalian alam yang berada di alam Arasy yang Agung Assholatu mi’rajjul mu’minin, maka disebutkan : sholat itu mi’rajnya mukmin.”
    Rahasia Sholat
    1. Ketika kita berdiri tegak sesungguhnya kita mengungkap asal diri dari API. Bukan api lampu dan bukan pula api bara, tapi api yang dimaksud disini iyalah Hakikat sifat jalalnya Allah, jalal artinya kebesaran.ada dua perkara yaitu kuat dan lemah. Kuat dan lemah itu adalah irodatnya, artinya kehendaknya Allah SWT, sesuai dengan firmannya : “Fa’alu limayurid” (Allah itu berbuat sekehendakNya ). Hamba itu tidak mempunyai kuat dan lemah. Kuat karena dikuatkan, lemah karena dilemahkan.
    2. Ruku’ itu asalnya dari ANGIN ( mengungkap asal diri dari angin ). Bukan angin barat bukan pula angin timur. Arti angin disini yaitu Hakikat sifat “Jamal”-nya Allah. Jamal artinya kekuatan. Ada dua perkara, tua dan muda. Tua karena dituakan, Muda karena dimudakan. Tua dan Muda itu irodatnya Allah SWT, kita hanya hanbanya.
    3. Sujud mengungkapkan asal diri kita dari AIR. Tetapi bukan air laut bukan pula air sungai. Adapun yang dimaksud dengan air disini adalah Hakikat sifat ‘Qohar” nya Allah SWT. Ada dua perkara, yaitu hidup dan mati, kita ini hambanya, hidup dihidupkan, mati karena dimatikan.
    4. Duduk mengupas asal diri, yang asalnya dari TANAH. Bukan tanah lumpur dan bukan pula tahan pasir. Tetapi tanah yang dimaksud disini adalah tanah dari hakikat sifat “Kamal”nya Allah. Didalam sifat kamal ini ada dua perkara,yaitu ada dan tiada. Ada karena diadakan, tiada karena ditiadakan oleh Allah. Kita ini hanya hamba, hamba itu tidak mempunyai ada dan tiada.
    Gerakan orang sholat itu merupakan tulisan bacaan “Allah” :
    1. Huruf Alif – berdiri – asal dari API nafsunya Amarah
    2. Huruf Lam awal – ruku’ – asal dari ANGIN nafsunya Mutmainnah
    3. Hurup Lam akhir – Sujud – asal dari AIR nafsunya sufiah
    4. Huruf Ha – Duduk – asal dari TANAH nafsunya Aluamah
    Kejadian Manusia dari empat anasir :
    1. Api menjadi darah pada diri kita ( manusia ). Tempat terjadinya sifat Allah yang bernama “Azim” (kebesaran).
    2. Angin menjadi Urat pada diri manusia tempat terjadinya sifat Allah yang bernama “Qowi” (Kekuatan).
    3. Air menjadi tulang pada diri manusia tempat terjadinya sifat Allah yang bernama “Muhyi” (menghidupkan).
    4. Tanah menjadi daging pada kita, tempat terjadinya sifat Allah yang bernama “Hakim” (kokoh).
    Untuk membangun manusia ini Allah mewakilkan kepada manusia melalui nafsu yang empat ( Amarah, Mutmainah, Sufiah, Aluamah ).
    1. Nafsu Amarah dari API dari sifat jalal didalam gerak orang yang sedang sholat (berdiri ). Maqom/Tempatnya nafsu ditelinga (memimpin, mengarahkan, memerintah, menguasai)
    2. Nafsu Mutmainnah dari ANGIN dari sifat Jamal didalam gerak orang sedang sholat (ruku’). Maqom/Tempatnya nafsu dihati nurani (selau mengajak kebaikan,mengajak berbakti kepada Allah )
    3. Nafsu Sufiah dari AIR dari sifat Qohar didalam gerak orang sedang sholat (sujud ). Maqom/Tempatnya nafsu di mata (keinginan yang indah – indah dan menyenangkan).
    4. Nafsu aluamah asal dari Tanah dari sifat Kamal, di dalam gerak orang sedang sholat (duduk). Maqom/Tempatnya nafsu diperut ( nafsu keinginan tentang kalau makan hendaknya yang enak-enak, minum yang lezat dan menyegarkan, dll ).
    Untuk memenuhi kebutuhan dan keinginan, harus berusaha sekuat tenaga dengan jalan yang diridhoi Allah SWT Untuk mendapatkan keinginan tersebut boleh mendapatkan itu semua, tetapi janganlah sampai merampas hak – hak orang lain, jangan mencuri, jangan memfitnah,jangan menipu, kalau berjanji tepatilah janji tersebut.
    Kalau diberi amanah jadi pemimpin (misalnya) jadilah pemimpin yang baik yang amanah, yang istiqomah,yang adil, arif dan bijaksana, jangan menindas, harus berani menegakkan kebenaran, keadilan, berani memberantas ke zholiman atau kejahatan jangan menyimpang dan jangan pula khianat.jadilah suri tauladah yang baik bagi yang dipimpim. Tebarkan kasih saying pada alam sekitar kita, baik kepada makhluk hidup (manusia, jin, hewan, binatang ternak maupun hewan liar, tumbuhan buah-buahan, batu – batuan, tanah tempat kita berpijak, udara yang kita hirup ).
    Tegasnya, nafsu mutmainah ini, adalah nafsu yang tenang, yang tugasnya selalu mengingatkan tentang perintah – perintah Allah dan mengajak nafsu – nafsu yanglain agar tetap sujud dan patuh kepada Allah serta menjauhi larangannya

  10. kupluk Says:

    ruh manusia adalah asmaNya. pilih yang paling sesuai bagi diri dan nikmati energi yang mengalir ..

  11. Hakikat Insan Says:

    Salamun alaikum,

    Syair Raja Azlan itu amat menarik. Izinkan saya copy untuk rujukan peribadi.

    Masya Allahu Ta’ala.

  12. tahi besi Says:

    selalunya jika tiada jalan penyelesaian atau masalah buntu ramai yang berkata “dah kehendaknya kita taiada daya-upaya tapi pada hakikatnya aku tak begitu”… akan tetapi kita terlepas pandang pd apa yg telah kita lafaz.. kenapa tidak mengaji dan kaji {1}apa dia nya itu dah kehendaknya. {2}macam mana yg dikatakan kita ini tiada daya-upaya dan {3} bagaimana yg dilafaz tadi iaitu pada hakikatnya. kupasan diruang ini tersangat bagus dan banyak membantu bagi yang meminati bidang ini..syabas

  13. wawan Says:

    Assalamualaikum,,,,

    ilmu tauhid ya,,,,,,

    ad rhasia dibalik rahasia,,,,,

    Allah,,,,,,,,

  14. Raden bore Says:

    Assalaamualaikum
    aku dari lombok ingin bertanya pada guru.
    1 apa hakikat huruf ba pada lafaz basmalah
    2 apa hakikat kata bihi pada surat arraad ; walau anna quraana suiyirat BIHIljibaalu auquthiat , sampai ahir
    mohon penjelasan guru. Termakasih
    wassalaamualaikum

  15. dienariesta Says:

    semoga saya termasuk diantara orang2 yang memahami,dan mengetahui wujud Allah,terima kasih sahabat

  16. Lauwi Says:

    Asalamualaikum,
    Kepada Raja Azlan Raja Abbas, Patrianda. didapat darimana ilmu ini, karena martabat tujuh merupakan warisan ilmu dari kesultanan butuni. dan dari bahasa yang digunakan mmg seperti itu adanya.

    Salam,

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


%d blogger menyukai ini: