Hakikat

Dalam pengajian Ilmu Hakikat adalah dilarang sama sekali mendatangi dan juga pengetahuan ini di sampaikan kepada Ulama Syarii dan adalah di nasihatkan supaya bertanya, berguru dengan ahli hakikat lagi makrifat lagi Mursyid.Jangan sesekali kata sesat nescaya sesat itu akan balik pada diri sendiri yang mengata.!!!

Selain dari cara syariaat dan cara tarikat,terdapat satu lagi untuk merapatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu cara jalan hakikat.Cara hakikat merupakan cara yang ketiga iaitu satu cara mendalami ilmu hakikat dengan menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu – satu jalan yang di lalui oleh wali – wali Allah, ariffinbillah dan para – para aulia.

Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakiki ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dengan dirinya dengan Allah S.W.T.,dengan cara membongkar menyeliki dan menyaksikan diri sendiri iaitu diri rahsia yang di tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk membentuk dinya menjadi kamil – mukamil.

Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini adalah di nasihatkan terlebih dahulu melalui cara Tarukat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari dari segala bentuk syirik “saghir”, syirik “khafi” dan dan syirik “jalli.” Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru – guru hakiki dan makrifat serta muryid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ke tahap martabatnya.#Untuk pengetahuan lebih jelas silalah bertanya dengan guru – guru, makrifat lagi mursyid.

Orang – orang hakiki yang sampai pada martabatnya bukan saja mulia di sisi Allah malah mendapat pula kemuliannya di tengah masyarakat. Adalah perlu ditegaskan di sini matlamat akhir pengajian HAKIKAT adalah untuk megembalikan diri Asal Mu Mula Allah iaitu pada Zahir dan Batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada martabat kemuliaan insan Kamil mukamil. Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata – mata. Dan balik mu semula Allah.

Untuk itu pengajian hakikat ini mestilah ada kesinambungan dengan pengajian Makrifat. Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat dua perkataan yang tidak boleh di pisahkan.

1. MARTABAT TUJUH

Dalam memperkatan Alam Tujuh atau Martabat Tujuh ini, ia tidak lepas dari memperkatakan “Asal Mu Mula Balik Semula Pada Tuhan” Ini di sandarkan firman Nya yang bermaksud ;

“Innalillah Wa inna ilai-i rajiun.”

Jatuh hujunnya Asal Mu Allah Balik Mu semula Allah.

Oleh itu disini dua aspek utama diperkatakan;

1. Asal Kejadian Manusia yang dinyatakan melalui penjelasan pada Martabat Tujuh Atau Martabat Alam Insan.
2. Balik Mu semula Allah iaitu memperkatakan persiapan untuk menyarah atau mengembalikan Diri rahsia yang di kandung oleh jasad sebagaimana asalnya suci bersih.

Diri Empunya Diri mentajallikan dirinya dari satu martabat ke satu martabat atau dari satu alam ke satu satu alam.Dalam kita memperkatakan alam atau Martabat Tujuh atau Martabat Alam Insan yang dikenali juga Martabat tujuh, terkandung ia di dalam Surah Al-Ikhlas di dalam Al Quran iaitu dalam menyatakan tentang kewujudan Allah yang menjadi diri rahsia kepada manusia itu sendiri dan memperkatakan pada proses pengujudan Allah untuk diterima oleh manusia sebagai diri rahsianya.

Proses pemindahan atau Tajalli Zat Allah S.W.T bermula dari Alam Qaibbul-Quyyub, terbentuk diri zahir dan diri batin manusia ketika ianya mulai bernafas di dalam kandungan ibu kemudiannya zahir ke dunia iaitu kerana pada martabat Qaibbul-Guyyub adalah merupakan martabat manusia yang paling tingggi, suci dan inilah martabat yang benar-benar di redhai oleh Allah S.W.T.

Diri manusia pada martabat “Insannul-Kamil” adalah sebatang diri yang suci mutlak pada zahir dan batin,tiada cacat celanya dengan Allah S.W.T. iaitu Tuan Empunya Rahsia. Lantaran itu Rasul Allah S.A.W pernah menegaskan dalam sabdanya;

“bahawa kelahiran seseorang kanak-kanak itu dalam keadaan yang suci, tetapi yang mencorakkannya menjadi kotor adalah ibubapanya”

Jadi ibubapalah yang mencorakkan sehingga kanak-kanak kotor termasuk masyarakatnya, bangsanya dan juga negaranya bersekali dengan manusia itu sendiri hanyut mengikut gelombang godaan hidupnya di dunia ini.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seorang manusia yang ingin kembali menuju jalan kesucian dan makrifat kepada Tuhannya, selayaknyalah dia mengembalikan dirinya kesuatu tahap yang dikenali “Kamilul-Kamil” atau di namakan tahap Martabat Alam Insan.

Dalam merkatakan tingkatan atau martabat pentajallian Allah Tuan Yang Empunya Diri yang menjadi rahsia manusia ianya melalui tujuh tingkatan.Tingkatan tersebut secara umumnya seperti di bawah.

1. Ahadah -Alam Lahut -Martabat Zat

2. Wahdah-Alam Jabarut – Martabat Sifat

3. Wahdiah-Alam Wahdiah – Martabat Asma

4. Alam Roh-Alam Malakut -Martabat Afaal

5. Alam Misal – Alam Bapa

6. Alam Ijsan- Alam Ibu

7. Alam Insan – Alam Nyata

AI

AL-IKHLAS

1. MARTABAT TUJUH

1.1 ALAM AHDAH

Pada memperkatakan Alam Qaibull-Quyyub iaitu pada martabat Ahdah di mana belum ada sifat, belum ada ada asma’,belum ada afaal dan belum ada apa-apa lagi iaitu pada Martabat LA TAKYIN, Zat UlHaki telas menegaskan untuk memperkenalkan DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada manusia dan di tajallikanNya DiriNya dari satu peringkat ke peringkat sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan jasmani.

Adapun Martabat Ahdah ini terkandung ia di dalam Al-Ikhlas pada ayat pertama iaitu{QulhuwallahuAhad), iaitu Sa pada Zat semata-mata dan inilah dinamakan Martabat Zat. Pada martabat ini diri Empunya Diri (Zat Ulhaki)Tuhan RabbulJalal adalah dengan dia semata-mata iaitu di namakan juga Diri Sendiri. Tidak ada permulaan dan tiada akhirnya iaitu Wujud Hakiki Lagi Khodim

Pada masa ini tida sifat,tida Asma dan tida Afa’al dan tiada apa-apa pun kecuali Zat Mutlak semata-mata maka berdirilah Zat itu dengan Dia semata-mata dai dalam keadaan ini dinamakan AINUL KAFFUR dan diri zat dinamakan Ahdah jua atau di namakan KUNNAH ZAT.

1.2 ALAM WADAH

Alam Wahdah merupakan peringkat kedua dalam proses pentajalliannya diri Empunya Diri telah mentajallikan diri ke suatu martabat sifat iaitu “La Tak Yin Sani” – sabit nyata yang pertama atau disebut juga martabat noktah mutlak iaitu ada permulaannyan.

Martabat ini di namakan martabat noktah mutlak atau dipanggil juga Sifat Muhammadiah. Juga pada menyatakan martabat ini dinamakan martabat ini Martabat Wahdah yang terkandung ia pada ayat “Allahus Shomad” iaitu tempatnya Zat Allah tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala langit dan 7 bumi.

Pada peringkat ini Zat Allah Taala mulai bersifat. SifatNya itu adalah sifat batin jauh dari Nyata dan boleh di umpamakan sepohon pokok besar yang subur yang masih di dalam dalam biji , tetapi ia telah wujud,tdadak nyata, tetapi nyata sebab itulah ia di namakan Sabit Nyata Pertama martabat La Takyin Awwal iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata(wujud pada Allah) tetapi tidak zahir

Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidak lagi Beras’ma dan di peringkat ini terkumpul Zat Mutlak dan Sifat Batin. Maka di saat ini tidaklah berbau, belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata iaitu di dalam keadaan apa yang di kenali ROH-ADDHAFI.Pada peringkat ni sebenarnya pada Hakiki Sifat.(Kesempurnaan Sifat) Zat Al Haq yang di tajallikannya itu telah sempurna cukup lengkap segala-gala. Ianya terhimpunan dan tersembunyi di samping telah zahir pada hakikinya.

1.3 ALAM WAHDIAH

Pada peringkat ketiga setelah tajalli akan dirinya pada peringkat “La takyin Awal”, maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula diriNya ke satu martabat As’ma yak ini pada martabat segala Nama dan dinamakan martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai – cerai atau di namakan “Hakikat Insan.”

Martabat ini terkandung ia didalam “Lam yalidd” iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma Batin. Apa yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini sudah dapat di tentukan bangsa masing – masing tetapi pada masa ini ianya belum zahir lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam keadaan “Ainul Sabithaah”. Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam rahsia Allah, belum terzahir, malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi. Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan martabat wujud Am kerana wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah Dan Ilmu Allah.

Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia Allah dalam hakiki dalam batin iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh iaitu pada menyatakan Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.

1.4 ALAM ROH

Pada peringkat ke empat di dalam Empunya Diri, Dia menyatakan, mengolahkan diriNya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamaka roh. Jadi pada peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh.Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan Afa’alnya.Ianya menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh anggota – anggota batinnya, tida cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan (Alam Khorijah) iaitu Nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu Allah. Tubuh ini dinamakan ia “Jisim Latiff” iaitu satu batang tubuh yang liut lagi halus. Ianya tidak akan mengalami cacat cela dan tidak mengalami suka, duka, sakit, menangis,asyik dan hancur binasa dan inilah yang dinamakan “KholidTullah.”

Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Walam Yalidd”. Dan berdirilah ia dengan diri tajalli Allah dan hiduplah ia buat selama-lamanya. Inilah yang dinamakan keadaan Tubuh Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah yang sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri Manusia.

1.5 ALAM MISAL

Alam Misal adalah peringkat ke lima dalam proses pentajallian Empunya Diri dalam menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung oleh manusia. Untuk menyatakan dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui diri rahsiaNya dengan lebih nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di kandung pula oleh bapa iaitu dinamakan Alam Misal.

Untuk menjelaskan lagi Alam Misal ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri rahsia Allah belum bercamtum dengan badan kebendaan. Alam misal jenis ini berada di Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh) menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Misal di mana proses peryataan ini ,pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam tidak Nyata.

Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun – ubun bapa, iaitu permidahan dari alam roh ke alam Bapa (misal).

Alam Misal ini terkandung ia di dalam “Walam yakullahu” dalam surah Al-Ikhlas iaitu dalam keadaan tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi “DI”, “Wadi”, “Mani” yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang bersekutu di antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang dinamakan rahim ibu.Maka terbentuklah apa yang di katakan “Maknikam” ketika berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki dengan perempuan (Ibu dan Bapa)

Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi di dalam keadaan rupa yang elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap hidup tidak mengenal ia akan mati.

1.6 ALAM IJSAN

Pada peringkat ke enam, selepas sahaja rahsia diri Allah pada Alam Misal yang di kandung oleh bapa , maka berpindah pula diri rahsia ini melalui “Mani” Bapa ke dalam Rahim Ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsan.

Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat “InssanulKamil” iaitu batang diri rahsia Allah telahpun diKamilkan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia menjadi “KamilulKamil”. Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan rohani dan jasmani. dan kemudian lahirlah seoarang insan melalui faraj ibu dan sesungguhnya martabat kanak – kanak yang baru dilahirkan itu adalah yang paling suci yang dinamakan “InnsanulKamil”. Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Kuffuan” iaitu bersekutu dalam keadaan “KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan dalam tubuh manusia.

Selepas cukup tempuhnya dan ketkanya maka diri rahsia Allah yang menjadi “KamilulKamil” itu di lahirkan dari perut ibunya, maka di saat ini sampailah ia Martabat Alam Insan.

1.7 ALAM INSAN

Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan ini terkandung ia di dalam “Ahad” iaitu sa (satu). Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan peryataan diri rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh badan Insan yang mulai bernafas dan di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini. Maka pada alam Insan ini dapatlah di katakan satu alam yang mengumpul seluruh proses pentajallian diri rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam-alam yang di tempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu martbat ke satu martabat.

Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam – alam lain, maka mulai alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia untuk menggembalikan balik diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali rahsia Allah ini hendaklah bermulah dari alam Maya ini lantaran itu persiapan untuk balik kembali asalnya mula kembali mu semula hendaklah disegerakan tanpa berlengah – lengah lagi.

2. TUJUAN MARTABAT ALAM INSAN

1. Ada pun tujuan utama pengkajian dan keyakinan Martabat Alam Insan ini;

2. “bertujuan memahami dan memegang satu keyakinan Mutlak bahawa diri kita ini sebenar – benarnya bukanlah diri kita, tetapi kembalikan semula asalnya Tuhan.”

3. Dengan kata lain untuk memperpanjangkan kajian, kita juga dapat mengetahui pada hakikatnya dari mana asal mula diri kita sebenarnya hinggalah kita zahir di alam maya ini.

4. Dalam pada itu dapat pula kita mengetahui pada hakikatnya kemana diri kita harus kembali dan:

5. Apakah tujuan sebenar diri kita di zahirkan.

3. Dalam memperkatakan Martabat Alam Insan

Dengan memahami Martabat Alam Insan ini , maka sudah pastilah kita dapat mengetahui bahawa diri kita ini adalah SifatNya Allah Taala semata-mata. Diri sifat yang di tajallikan bagi menyatakan SifatNya Sendiri yakni pada Alam saghir dan Alam Kabir.Dan Allah Taala Memuji DiriNya dengan Asma’Nya Sendiri dan Allah Taala menguji DiriNya Sendiri dengan Afa’alNya Sendiri.

Dalam memeperkatakan Martabat Alam Insan kita memperkatakan diri kita sendiri. Diri kita daripada Sifat Tuhan yang berasal daripada Qaibull-Quyyub (Martabat Ahdah) iaitu pada martabat Zat hinggalah zahir kita bersifat dengan sifat bangsa Muhammad. Oleh yang demikian wujud atau zahirnya kita ini bukan sekali-kali diri kita, tetapi sebenarnyadiri kita ini adalah penyata kepada diri Tuhan semesta alam semata-mata.

Seperti FirmanNya:

‘INNALILLA WAINNA ILAII RAJIUN’

Yang bermaksud; “Sesungguhnya diri mu itu Allah (Tuhan Asal Diri Mu) dan hendaklah kamu pulang menjadi Tuhan kembali”.

Setelah mengetahui dan memahami secara jelas lagi terang bahawa asal kita ini adalah Tuhan pada Martabat ahdah dan NyataNya kita sebagai SifatNya pada Martabat Alam Insan dan pada Alam Insan inilah kita memulakan langkah untuk mensucikan sifat diri kita ini pada martabat Sifat kepada Martabat Tuhan kembali iaitu asal mula diri kita sendiri atau Martabat Zat.

SEsungguhnya Allah S.W.T diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan diriNya dengan SifatNya Sendiri dan memuji SifatNya Sendiri dengan AsmaNya Sendiri serta menguji SifatNya dengan afa’alNya Sendiri. Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita kecuali diri Sifat Allah,Tuhan semesta semata – mata.

**********************@@@@******************************************

4. PROSES MENGEMBALIKAN DIRI

Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada Tuan Empunya Rahsia, maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah Taala.

Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada Alam Insan pada nafsu amarah ke Martabat Zat iaitu nafsu Kamaliah iaitu makam “Izzatul-Ahdah”. Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah S.W.T. tersebut sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awalnya.

Sesunggunya Allah dalam mengenalkan diriNya melalui lidah dan hati manusia,maka Dia telah mentajallikan DiriNya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;

“AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU”

Maksudnya; “Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri”

Next

32 Tanggapan to “Hakikat”

  1. radenmkamil Says:

    Alhamdulillah , saya stuju tentang penulisan Martabat Tuhoh ini. Juga sudah lihat teks asal Muhammad Fadlullah AlBurhanpuri tentang Martabat Tujuh ni……
    Hanya jauhari yang mengenal maknikam juga.

  2. joe786 Says:

    jika kita bodoh jangan biarkan diri mengatakan seat.. sebaliknya tanamkan diri untuk mengetahui dan belajar….
    saya bersetuju hanya jauhari mengenal manikam…
    teruskan usaha anda !!

  3. $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,ncaa Says:

    $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,…

    $anchor$basketball Betting,final Four,final Four Betting,final Four Gambling,final Four Sports Book,final Four Sportsbook,march Madness,march Madness Betting,march Madness Gambling,march Madness Sports Book,march Madness Sportsbook,ncaa,ncaa Betting,nc…

  4. tok Says:

    sy rujuk kesemua tafsir ulama mufassirin..tkde pun yg tafsir innalillah tu mcm tu…jadi sah mmg sesat..

    • Don Says:

      sebab ape kamu x jumpa pada semua tafsir,sebabnya kamu masih berpegang pada syariat,dlm Quran banyak rahsia Allah yg masih belum terungkai,

      sesungguhnya hanya jauhari saje yang mengenal manikam

  5. Zul Says:

    Inna Ilila….Saya (Hati, Ruh) datang daripada Allah (Nur Sifat Maani dari Sifat Maani yang Nyata Ia pada Zat Allah)…Wainna Illaihi Rajiun…dan saya (Hati, Ruh) akan kembali kepada Mu Ya Allah (Sifat Maani yang berdiri Ia pada Zat Allah ).

    Adapun tafsir yang dinyatakan itu mengikut pandangan hakikat, lazimnya ayat hakikat ialah ayat yang dipotong ringkas. Hanya Ahlinya sahaja yang memahami. Oleh itu sekiranya kurang memahami ia memang nampak salah dan ia perlu diberi huraian.

  6. faizal Says:

    Saya amat tertarik dgn hakikat ini tetapi dari segi pemahaman saya yg kurang berilmu ini adalah yang dimaksudkan oleh hakikat diri itu bahawasanya kita ini bukannya tuhan tetapi zat tuhan yang akan dikembalikan kepada yang hak.Bole dikatakan jua apa pun segalanya yang dimaksudkan maha pencipta langit dan bumi serta semesta atau semua yg meliputi akal fikiran adalah diliputi oleh kebesarannya.InsyaAllah niat yang baik utk Allah semata2 akan diberi petunjuk dan sama kita memahami dan mempelajari surah Al-Ikhlas InsyaAllah minda kita akan terbuka.Di situ ada menyatakan Bahawa Dia Maha Esa,Yg menentukan segalanya,tidak beranak dan diperanakkan serta tiada yg setara dengannya.Oleh itu pemahaman hamba adalah kita dibawah kuasanya dan Maha Esa yang menguasai kita, oleh itu tak mustahil semua yang ada, yang dimiliki,yg nampak dan tak nampak(ghaib) adalah hak yang Maha Esa oleh itu tempatnya kembali semata2 hanyalah pada yang Maha Esa.Bukan dimaksudkan Kembali kepadanya menyatakan yang kita adalah tuhan.Saya rasa ramai yang keliru terhadap yang dimaksudkan pengarang (hakikat Insan) dan sebagai contoh jangan disalahkan tudung maka salahkan empunya diri setiap tingkah laku yg dibuat.Pernah tak terfikir kenapa kita selalu menyindir orang yang memakai tudung/Purdah BERMACAM2 (tak modern la Konon/pemikiran cetek) abis tu yang terbuka sana sini tu kiranya modern dan punyai pikiran luas la.Fikir-fikirkan lah.

  7. aku Says:

    bagi pendapat saya,apa yang dinyatakan di atas benar.jangan sesekali cakap orang itu sesat,sebab kita lahir saja kita memang sesat.
    kita adalah adam(tiada),yang wujud hanya Allah.segala yang belaku dimuka bumi ini terbit dariNya.jika kita mengaku sesuatu pekerjaan yang kita lakukan datang ihtiar dari kita,itu telah menjadikan kita syirik halus..jadi ingat lah segalanya hanya Allah.sama2 lah kita balik ke kampung sentosa.amin

  8. alinsya Says:

    saya setuju dengan saudara Zul, mcm mana kita tahu seseorang itu sesat, sedangkn kita sendiri x tau di mana kedudukan kita… bkn saya kata, tapi Rasulullah sendiri berkata, sesungguhnya ilmu Allah itu luas, walau 7 lautan air di gunakan sebagai dakwat xkn abis…luaskn ilmu Allah itu…. kita yg hanya tau sedikit saja dah berani kata orang lain sesat, silap-silap kita yang sesat. dn pasan Rasullullah, bercakap atau berhujah tentang agama mengunakan iman bkn akal. jgn lupa, sebelum nabi wafat, baginda ada menyatakan, “akan terpecah umatku kepada 73 golongan, 72 golongan akan ke neraka dn satu golongan sahaja akan ke syurga”. Islam jugak, tp np ke neraka? pernah x terfikir, kita nie dlm golongan yg mana? dn ustaz2 yg kita rujuk 2 di dalam golongan yg mana? tanya ustaz2 sekarang nie… kenal ke diri sendiri? cakap kenal… yer ker?…..

    Awal agama mengenal Allah, kenal diri sblm mengenal Allah, kenal diri maka Kenal la Allah, Kenal Allah maka binasa la diri…. mcm mana 2? bkn kata2 saya, tp Nabi sendiri…. blh saudara2 yg cakap org lain sesat tlg huraikn?

    satu soalan sebagai renungan…. Muhammad wujud lg awal dr Adam, buktinya nama Muhammad dh ada kt pintu syurga. dn segala kejadian alam termasuk kita di jadikan dr nur Muhammad, Dn kata bernabikan Nabi Muhammad. persoalaannya, adakah muhammad itu adalah Muhammad yg sama atau berbeza? Andai Muhammad itu sudah wafat, kenapa alam ini masih ada? sedangkan alam nie terjadi dr cahaya Muhammad? kenapa org yg meningal dunia di katakan “kembali” dn Bkn “mati”? “SETIAP YG HIDUP AKAN MATI” DARI ALLAH KITA DATANG DN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI” kn dua ayat yg berbeza… mcm mana 2?

    saudara2 yg menyatakan org lain sesat, tlg huraikn kerana saudara2 berilmu sehingga tau org lain sesat.

  9. bosmara Says:

    betul kata tuan, jangan pandai2 jatuhkan hukum tuhan.kalay allahnk bagi ilmu tu tk siapa boleh menahan.

  10. ali ibrahim Says:

    tiada apa yg prlu d gusarkan pd ilmu Allah slagi berlandaskn Al-Quran & hadis.. slagi d hati ikhlas pd jln Nya, pasti kta akn berada d landasan Nya.
    hanya mreka yg ikhlas & berguru berlandaskn pd keikhlasn akn ktemu diri yg sbenar-benar diri… suatu prtemuan yg maha indah & tiada apa yg dpt menggmbarkan nya.

    hanya mreka yg mengenal dri yg sbenar benar dri akn mengenal tuhannya.. Dia lah yg maha Agung!

  11. hadi Says:

    boleh sesiapa huraikan serba sedikit bagaimana nak hancurkan istana iblis yg ter letak dibawah kawasan darah putih….email ke hadiauron@gmail.com

    • muhammad Says:

      mengikut pemahaman aku,cara nak mghancurkn istana iblis adalah dengan cara zikir nafas.
      dimana stiap hembusan nafas turun dan naik hendak lah diisikan dgan nama ALLAH..nescaya istana iblis akan hancur dan nur istana ALLAH akan semakin memancar..

  12. Awaluddin Makrifatullah Says:

    Salam,

    Perjalanan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat adalah sesat belaka. Tetapi keempat-empat tahap perjalanan ini wajib dipelajari dari guru yang mursyid dalam mencari, mengenal dan mentauhidkan Allah SWT. Didalam kesesatan itu, pasti kalian akan menjumpai kebenaran yang hakiki

  13. Hakikat Insan Says:

    Salam alaikum,

    Allah yang memberi hidayah dan Dia jua lah yang menyesatkan. Sila pandang kepada yang Haq dan bukan kepada makhluk. Barulah jernih penilaiannya.

    Wassalam.

  14. muhammad Says:

    akum sahabat2 smua…boleh korang bagi tunjuk aja macam mana nak membuat proses mensuci kan diri dan mengembalikan diri rahsia kpd NYA..

  15. shah babur an-nazar Says:

    KAEDAH MENGEMBALIKAN RAHSIA DIRI:
    1. Pertamanya; Kenalilah pembahagian diri yang dibawah sekarang ni, diri terperi, ……. Disini hendaklah yakin bahawa diri2 tersebut telah membentukkan diri kita sekarang ni. Usulkan dengan guru. Dimana setiap diri tersebut tak putus2, melakukan zikir tertentu yang mana menyebabkan sistem kehidupan kita banyak berlaku tanpa kesedaran kita.
    2. Keduanya; Hendaklah melaksanakan zikir tersebut sehingga kita sedar dan dapat mendengar diri2 tersebut berzikir dengan zikir berkenaan. Sebagai contohnya, diri tajalli yang kasar ini melakukan zikir laailaahaillallah, muhammadarrasulullah…tapi buka sekadar sebutan semata2…alam maya bergerak pun dengan kalimah ini juga..cari guru untuk menerangkannya.
    3. Ketiga; Peringkat awal tiada jalan mudah melainkan BERSULUK..cari guru untuk bimbingan.
    4. Keempat; Setelah selesai peringkat 1,2,3 dan 4 maka diri tajalli secara otomatik (dengan izin ALLAH lah juga) akan menjadi RAJA pula, diri2 dalam akan berzikir utk kita,..macam MLM lah.
    selamat mencoba.
    NAK CARI GURU,..KAWAN REKOMEN PEGILAH TERENGGANU.

  16. shah babur an-nazar Says:

    Nak hancurkan ISTANA IBLIS dalam HATI amat senang…tinggal secara total perkara yang bercanggah dengan SYARAK dan sempurnakan Rukun Islam dan Iman…LANGKAH PERTAMA.
    Teruskan dengaN BERSULUK serta berniat utk hancurkan ISTANA IBLIS. Amallah ASMA’UL HUSNA…GERENTI BERES.
    AKAN LAHIR RASA KASIH KEPADA ALLAH. KALU TAK PERCAYA CUBA BUAT.
    Ini semua pengalaman kawan sendiri. Kawan telah mengamalkan dengan menyebut Ya Allah sepanjang bulan ramadhan tanpa henti2 selama sebulan penuh, hasilnya sukar untuk dipercayai oleh sesiapa. Sesiapa makan gula tahu mcamana manisnya gula. Hasil yang kawan dapat, telinga kawan telah pekak dari bunyi duniawi, melainkan suara berzikir semata ditelinga kawan..tapi takutlah juga. Suara tersebut akan mengikut hati kita, jika niat kuat zikir tersebut akan berbunyi kuat sehingga emak kawan panggil depan muka pun tak dengar…AJAIBNYA RAHSIA DIRI KITA NIH…CUBALAH.

  17. wahyuningrum Says:

    jangan pernah mengatakan orang laen itu sesat kalau belum tau siapa sejatinya dirimu . Karena orang yg tau jati dirinyalah yg tau jalan yg benar & sebenar benarnya jalan , karena mengalami sendiri apa yg di lihat , di dengar , di rasakan & di pahami , karena orang tersebut mendapat kemakrifatan dari Alloh .kemakrifatan tidak bisa di cari , tapi datang sendiri dari kodrat & irodzat Alloh kepada siapa yg jadi pilihannya.

  18. Penyoal Says:

    Alhamdulillah,

    Carilah ilmu dahulu, “Iqrak” ayat pertama yang diturunkan dalam Al-Quran. Bermaksud “Bacalah”..

    sape yang cakap ini sesat, korang kene baca balik.. baca dan baca.. dan di akhir sekali tuan akan terjumpa ayat penyata “Hanya Allah yang layak menjatuhkan sesuatu hukum”.

    Depa ni nak teruskan mengaji (belajar) ilmu ini, alhamdulillah.. teruskan.. bagus..

    Teruskan lah sehingga “Hancur Diri”.. hehehe.. sebagai hamba, mesti la kene ikut perintah tuannya betol? jadi, bila dah benar² jadi hamba.. “Hancur” la “diri” tu.. “Laahaulawalakuwataillahbillah”.

    cari la maksud “Laahaulawalakuwataillahbillah” ini dan fahami dengan mata hati yang ikhlas. anda akan merasakan diri tu tiada!!!!!

    “tiada kuasa” bermaksud benar² tiada. seolah² seperti robot yang dicipta oleh manusia dimana pergerakkan robot tersebut dikontrol oleh manusia yang menciptakannya..

    Kepada Korang yang pandai ni… soalan dari saya yang hina ini.. Allah ada menyatakan setiap kejadian ada petunjuk bagi org beriman dan menggalakkan makhluk yang beriman berfikir..

    Soalan : dimana/ apa petunjuk yang menunjukkan hari ini adalah hari Ahad? Isnin? Selasa? Rabu? Khamis? Jumaat? dan sabtu?? aku tengok dan perhatikan ia adalah sama jer setiap hari..? untuk pengetahuan, Harini adalah hari Jumaat… betul ker ? bagaimana jika sebenarnya hari ini adalah hari selasa dan kita melaksanakan solat Jumaat di hari selasa??

    anda semua yakin ker? yang menyatakan bahawa hari ini adalah hari Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat dan sabtu tu siapa?

    Renungi Wahyu ini :
    Dan apabila dikatakan kepada mereka” Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?
    – (Al-Baqarah 2:170) –

    Hmmm… adakah anda turuti apa yang telah diturunkan oleh Allah berkenaan Hari² yang saya soalkan ATAU anda menjawab “Ah, Org dari dulu cakap hari ni hari Jumaat!!! aku ikut jer…”

    p/s: tolong la jawab.. aku xnak kepala otak aku pk pasal hari² nih!! banyak lagik benda nak pk.. huhuhu

  19. lord karl Says:

    musuh utama di dlm menuntut ilmu ialah apa yg kita tidak tahu…

  20. Don Says:

    emailkan saya tentang syariat,tarekat,hakikat dan Makrifat,kenapa dlm islam mesti ada 4 perkara tu,sy baru nak bljr dan mengenal tlg citekan,sy ada sahabat yg sdg belajar hakikat. sy nampak perubahan pd dirinya dari seorang yg kasar garang suka bergaduh ke seorg yg lembut hati,sentiasa rendah diri,hormat org, da boleh mengubat org plak,

  21. poknik Says:

    akum….

    bahasa orang dahulu agk susah sikit utuk difahami. membicarakan hakikat insan ini memerlukan satu kaedah fahaman yang tertentu. orang yang arif saja dapat menghuraikan fahaman ini. kalau dilihat pada penulisan dan komen yang diberikan di atas, saya dapati tidak ada satu orang pun dapat didekati bagi memberi satu huraian daripada apa yang dimaksudkan atau yang diterangkan. huraian atau komen yang diberikan tidak dapat berpijak atau dengan lain kata huraian yang diberikan masih terawang2. susah boleh faham apatah lagi untuk diamalkan.

    apa2pun penghuraian pemahaman mestilah berdasarkan kepada al-qurqn dan hadith. tanpa merujuk kepada kedua ini maka apa juga huraian yang tidak dapat dikaitkan maka ilmu tersebut sesat.
    memang benar ilmu dalam al-quran itu banyak. tidak terfikir oleh kita kcuali dipertunjukkan oleh Allah.

    kita berhenti disini dulu. kita sambung sedikit masa lagi. saya insyallah akan cuba menerangkan dengan sejelas2nya berkaitan dengan hakikat insan ini. harus dingat, belajar sesuatu ilmu hendaklah sampai kepada boleh beramal dan sentiasa berselari dengan syariat, kerana syariat itu pakaiannya.

    wallahuaklam……

  22. Shahril Rakeb Says:

    salam..
    saya mencari kitab hakikat insan..
    dimanakah sy boleh perolehi??

  23. ainur rahman Says:

    subhanallah…….begitu banyak yang masih belum saya mengerti,seperti artikel di atas.begitu susahnya sy menelaah
    smua tulisan beliau d atas.sungguh nistanya diri ini ketika kt
    tdak bs kenal dgn diri kita sendiri.bisanya hanya melakukan
    ibadah yg tdk tau kmana arah dan tujuannya.yg tdk tau kemana arah dan tujuan ibadah kt,yg hanya mengarah pada arti dari kata
    ikhsan(tapi blum mencakup kesemua)

    mohon bimbingan dan penjelasan/tuntunannya tentang bagian dr manusia yang diantaranya;(4 malaikat,1roh/seperti lagu ilir-ilir) dan 2 lainnya serta bimbingan hajat sukma,sukmanya hati dan seterusnya

  24. Basyeer Says:

    Assalamualaikum…..apa yang tuan coretkan dalam artikel di atas adalah sebahagian daripada kitab Hakikat Insan. Jikalau tuan salah seorang ahlinya…saya ingin sedikit penerangan tentang zikr nafas.
    Saya difahamkan di dalam ilmu syariat bahawa islam itu mudah dan kita mengetahui cara bagaimana hendak berzikir iaitu x kira masa dan tempat asalkan kita menjaga adab dan bersopan. Di sini saya ada sedikit kemusykilan dimana bolehkah kita berzikir dengan keadaan buka baju dan berzikir seperti hendak habis nafas dan seperti kita mengepan nafas secara kuat dan menghembus kembali dengan kuat. mohon penjelasan.

  25. Andielamp Udy Bangyan Says:

    asqm,,,,,,,,,, maaf sblumya, ana tertarik dngan pembahasan tentang ilmu alloh ni , salam kenal n salam silaturahmi,

    • Basyeer Says:

      Wslm…..ilmu Allah ini adalah satu cabang ilmu dari 4 ilmu Allah ..iaitu hakikat..tetapi tuan perlu mengkaji dahulu ilmu itu terlebih dahulu. Adakah guru tersebut seorang guru yang musrik, adakah ilmu itu betul2 mengikut landasan islam, dan adakah ia bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia. yg pastinya tuan hamba perlulah memenuhi diri tuan hamba dengan zikirullah. Nasihat saya cari lah guru yang penuh dengan ilmu agama dan lagi musyrik supaya tuan hamba tidak tersesat di kemudian hari. Assalamualaik…

  26. Check here Says:

    Undeniably consider that which you stated. Your favourite justification
    appeared to be on the net the easiest factor to understand of.
    I say to you, I definitely get irked while other people consider
    issues that they plainly do not know about. You controlled to hit the nail upon the highest
    and also defined out the entire thing with
    no need side-effects , other folks can take a
    signal. Will probably be again to get more. Thank you

  27. J. Crew Wedding Dresses Says:

    If not given prompt attention, the conditions that the slower growth would be all the allergens.
    Eventually if the childhood asthma is mint. Many things can cause laryngitis or
    changes in barometric pressure or humidity. Cromoglycate CromolynIt stabilizes mast cells cells responsible for
    a long time are able to work for everyone.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: